Saturday 6 December 2014

TUGASAN KURSUS 3113 APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MALAYSIA (UUM)


Assalamualaikum...


Syukur  Alhamdulillah, akhirnya dapat juga  menyiapkan tugasan SGRM 3113 APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU  ini.  Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada pensyarah iaitu Encik Hasnan Hassan  di atas bimbingan , bantuan bahan pengajaran kuliah  yang diberikan berkaitan penghasilan tugasan ini.
Tugasan yang meliputi keupayan pelajar membina laman web, blog dan pengetahuan mengaplikasikan komputer dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu disiapkan untuk memenuhi panduan kursus. Selain daripada  itu, dengan melaksanakan tugasan ini kita telah menerokai unit-unit pembelajaran dalam  Panduan Kursus SGRM 3113 Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Semoga tugasan yang telah dihasilkan dapat memenuhi pembelajaran untuk tugasan ini dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.

Sunday 30 November 2014

KEBAIKAN MENGAJAR BAHASA MALAYSIA MENGGUNAKAN BLOG

  Di peringkat awal, blog digunakan oleh individu untuk merakamkan sejarah hidup individu masing-masing, meluahkan perasaan dan pandangan peribadi, dan berkongsi idea. Kemudian terdapat sekelompok pengguna yang menggunakan blog untuk berniaga dan memasarkan kebolehan dan perkhidmatan. Seterusnya ada kelompok pengguna yang memanfaatkan blog untuk mengajar.

Mata pelajaran Bahasa Malaysia sangat menarik jika disampaikan melalui blog. Guru boleh membawa murid -murid belajar di makmal komputer secara langsung. Tujuan penubuhan blog Bahasa Malaysia Tahun 1 ini untuk menarik minat murid tahun 1 terutamanya belajar bahasa. Terdapat banyak kebaikan menggunakan blog sebagai medium pengajaran dan pembelajaran antaranya:

  • lebih menarik minat murid
  • mempunyai video rakaman yang guru boleh sertakan
  •  fokus murid akan bertambah
  • murid tidak akan bosan
  • konsep pengajaran lama iaitu "talk and chalk" kurang sesuai dalam semua keadaan
  • murid boleh turut sama jika ada kuiz yang disediakan oleh guru