Di peringkat awal, blog digunakan oleh individu untuk merakamkan sejarah
hidup individu masing-masing, meluahkan perasaan dan pandangan
peribadi, dan berkongsi idea. Kemudian terdapat sekelompok pengguna yang
menggunakan blog untuk berniaga dan memasarkan kebolehan dan
perkhidmatan. Seterusnya ada kelompok pengguna yang memanfaatkan blog
untuk mengajar.
Mata pelajaran Bahasa Malaysia sangat menarik jika disampaikan melalui blog. Guru boleh membawa murid -murid belajar di makmal komputer secara langsung. Tujuan penubuhan blog Bahasa Malaysia Tahun 1 ini untuk menarik minat murid tahun 1 terutamanya belajar bahasa. Terdapat banyak kebaikan menggunakan blog sebagai medium pengajaran dan pembelajaran antaranya:
- lebih menarik minat murid
- mempunyai video rakaman yang guru boleh sertakan
- fokus murid akan bertambah
- murid tidak akan bosan
- konsep pengajaran lama iaitu "talk and chalk" kurang sesuai dalam semua keadaan
- murid boleh turut sama jika ada kuiz yang disediakan oleh guru
No comments:
Post a Comment