Sunday 30 November 2014

KEBAIKAN MENGAJAR BAHASA MALAYSIA MENGGUNAKAN BLOG

  Di peringkat awal, blog digunakan oleh individu untuk merakamkan sejarah hidup individu masing-masing, meluahkan perasaan dan pandangan peribadi, dan berkongsi idea. Kemudian terdapat sekelompok pengguna yang menggunakan blog untuk berniaga dan memasarkan kebolehan dan perkhidmatan. Seterusnya ada kelompok pengguna yang memanfaatkan blog untuk mengajar.

Mata pelajaran Bahasa Malaysia sangat menarik jika disampaikan melalui blog. Guru boleh membawa murid -murid belajar di makmal komputer secara langsung. Tujuan penubuhan blog Bahasa Malaysia Tahun 1 ini untuk menarik minat murid tahun 1 terutamanya belajar bahasa. Terdapat banyak kebaikan menggunakan blog sebagai medium pengajaran dan pembelajaran antaranya:

  • lebih menarik minat murid
  • mempunyai video rakaman yang guru boleh sertakan
  •  fokus murid akan bertambah
  • murid tidak akan bosan
  • konsep pengajaran lama iaitu "talk and chalk" kurang sesuai dalam semua keadaan
  • murid boleh turut sama jika ada kuiz yang disediakan oleh guru

No comments:

Post a Comment